Tuesday, February 17, 2009

PERSETIAAN PENGAKAP


PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya,
saya akan:-


Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

 

Rancangan Aktiviti / Latihan PKK - Lencana Keahlian 入伍徽章的训练及活动计划

时限/Jangkaan Masa:1小时30分钟 / 1 jam 30 minit

第一次 / Kali ke-1
1. Persetiaan Pengakap (童军誓词)
2. Tabik dan Hormat Pengakap(童军敬礼),
3. Kawad Asas (基本操练)
[masuk baris, senangdiri,rehatkan diri, sedia, keluar barisan, bersurai]

第二次 / Kali ke-2
1. Undang-undang Pengakap(童军规条).
2. Menyanyi Lagu Pengakap (童军歌曲)
& Menyanyi Lagu Undang-undang Pengakap (童军规条歌曲)
3. Kawad Asas (基本操练) [senangdiri, sedia, rehatkan diri, masuk baris, keluar barisan, bersurai]

第三次 / Kali ke-3
1. Cerita Hutan (森林故事).
2. Laung Agung.(欢呼礼/幼童军吼声/Grand Howl)
(perkara 2 adalah melingkungi Kawad Asas / 第2项已包括基本操练)

第四次 / Kali ke-4
1. Cogankata/Moto Pengakap(童军铭言).
2. Isyarat Sulit dan Tanda Pengakap(童军信号与标志)
3. Kembara/ Tracking
[ikuti isyarat sulit dan tanda pengakap ke arah destinasi. / 依童军信号或标志寻找目的地]
(perkara 3 adalah melingkungi Kawad Asas / 第3项已包括基本操练)

第五次 / Kali ke-5
1. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap(童军活动的起源)
2. Mengenali dan melukis atau mewarna Bendera ( 绘国旗、州旗、童军旗)
3. Kawad Asas (基本操练) [masuk baris, senangdiri, rehatkan diri, keluar barisan, sedia, bersurai]

Cadangan aktiviti jika hari hujan:
1. Simpulan dan Ikatan [bukusila 平结之打法及其用途]
2. Gajet (营具)
3. Pertolongan Cemas (急救-割伤、烫伤、烧伤 - 清洗及包扎伤口)
4. Berkhemah secara Pengakap (露营)
5. Prinsip Rukunegara (国家原则)

Wednesday, December 10, 2008

Butiran Ujian Lencana Keris Gangsa 铜剑章的训练课程

APRIL HINGGA JUNE [四月至六月]



LENCANA KERIS GANGSA 铜剑章


1.0 Kesetiaan

1.1 Menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara Ku" & memahami bagaimana menghormati lagu ketika dimainkan.

1.2 Mengenali Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada.

1.3 Mengetahui Lambang sejagat Pengakap dan Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.

1.4 Mengetahui Pengertian Rukunegara.

1.5 Mengenal dan mengecam D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M Raja Permaisuri Agong, dan D.Y.M.M Sultan dan Sultanah serta T.Y.T Yang Di Pertua Negeri serta isteri bagi negeri di mana ia berada.

1.6 Mengulangi Persetiaan da Undang-undang Pengakap.

1.7 Mengulangi kefahaman Hormat Pengakap, Isyarat Pengakap dan Salam Pengakap.

1.8 Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur/Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak (PKK) kumpulan serta alamat.

1.9 Mengetahui sejarah perkembangan PKK di sekolah.

1.10 Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat.

1.11 Nilai beribadat mengikut agama masing-masing.

 
2.0 Kesihatan dan Keselamatan


2.1 Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan badan serta bagaimana membersihkan gigi, merawat jika sakit gigi, serta bagaimana mengerat kuku, memelihara rambut dll.

2.2 Mengetahui cara membersihkan bilik mandi, tandas di rumah, serta tempat pembuangan sampah, mengelak keracunan makanan dan mengatasinya.

2.3 Mengetahui betapa mustahaknya memakai kasut dan selipar sesuai dengan keadaan / tempat.

2.4 Mengetahui bahaya menelan apa jenis pil, atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali.

2.5 Mengenali jenis penyakit kulit yang berjangkit.

2.6 Mengetaui bahaya bermain mata pisau cukur dan tajam (Ingatan : PKK boleh membawa pisau lipat (Jack Knife) dengan kebenaran pemimpin.

2.7 Mengetahui bahaya alat letupan seperti mercun, meriam buluh dan bunga api.

2.8 Mengetahui bagaimana mendapat bantuan dari orang dewasa, jika berlaku kemalangan, dapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Bomba, doktor dan sebagainya.

2.9 Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalanraya, tempat menunggu bas, melintas di lampu isyarat dan lain-lain.

2.10 Mengetahui sebab utama berlaku kemalangan jalanraya bagi penunggang basikal dan cara mengawal keselamatan semasa naik dan turun bas, keretapi dan teksi.

2.11 Mengenal isi kandungan peti pertolongan cemas.

 
3.0 Kecekapan


3.1 Mengetahui Latihan Asas Perbarisan seperti masuk baris, senang diri, rehatkan diri, ke kanan pusing, ke kiri pusing dan bersurai.

3.2 Mengetahui kemahiran asas bagi Permainan Pasukan.
      a) Kemahiran asas untuk bermain bola sepak
          seperti cara hantaran, mengelecek, menyepak, menunduk dan latihan bermain bola.
ATAU
      b) Kemahiran asas bermain bola jaring seperti hantaran paras bahu, dada, pinggang, lantunan dan   
          sebagainya.

3.3 Mengetahui cara mengekalkan kesegaran fizikal seperti latihan memanjat tali, memegang tali paras muka, menyepit tali dengan kedua belah kaki.

3.4 Mengetahui cara meraut sebatang kayu dengan menggunakan sebilah pisau kecil. Cara mengasah pisau. membubuh minyak dan membersihkannya selepas menggunakannya.

(Ingatan : PKK dilarang membawa apa jua bentuk pisau melainkan mendapat kebenaran pemimpin).

3.5 Mengetahui kedudukan tempat awam di kawasan tempat tinggal dan tunjuk arah tempat kepada orang yang memerlukan seperti Perhentian Bas, Teksi, Balai Bomba, Hospital dll.

3.6 Mengetahui cara betuk memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya.

3.7 Mengetahui isyarat pengakap dan arah hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat sulit pengakap.

3.8 Mengetahui cara mengikat tali kasut, simpul buku sila dan mengikat sebuah bungkusan.

 
4.0 Penyertaan


4.1 Menjalankan 2 daripada aktiviti di bawah.
      a) Menanam pokok bunga pada pasu atau kotak di dalam / luar rumah.
          (Catat perkembangannya dalam Buku Log.)
      b) Mengetahui cara penyuburan pokok seperti pembajaan, penyiraman dan lain-lain.
      c) Membuat batas dan menanam pokok bunga beraneka warna dengan bantuan orang dewasa.
      d) Membantu ibu bapa di rumah dan guru keceriaan memelihara pokok bunga dan keindahan sekitar.

4.2 Menyimpan seekor haiwan kesayangan dan mengetahui cara memeliharanya.
ATAU
4.2.1 Mengetahui bagaimana peladang memelihara ternakan dan faedah yang didapati darinya; mengetahui cara bagaimana PKK boleh menolong.

4.3 Telah membaca sekurang-kurangnya sebuah buku mengenai cara memelihara haiwan kesayangan dan menerangkan cara memelihara kepada pemimpin atau ibu bapa.

4.4 Menjadi ahli perpustakaan sekolah / awam; menunjukkan PKK telah membaca

sekurang-kurangnya 5 buah buku dan menceritakan semula; mengetahui bagaimana cara menyampul buku.

4.5 Mengetahui membuat satu permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.

4.6 Mengambil bahagian dalam persembahan drama lakunan dan tarian di sekolah.

4.7 Boleh berlakun babak pentomin tentang pendidikan moral, kesetiaan, keharmonian dan berbudi mulia.

4.8 Membuat Mini Muzium di rumah hasil kutipan hobi dan tunjukkan kepada pemimpin.

4.9 Membuka sebuah buku akaun di Bank.


5.0 Perkhidmatan

5.1 Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugas dengan baik.

5.2 Melalui kumpulan sekawan dengan diketuai oleh pemimpin melawat ke rumah anak-anak yatim piatu, cacat akal dan penempatan warga tua.

5.3 Menceritakan secara lisan tentang kejayaan seseorang dalam satu peristiwa.

5.4 Menerangkan dengan ringkas denda yang terdapat di sekolahnya. Bagaimana PKK melaksanakan peraturan itu.

5.5 Menawarkan khidmat kemasyarakatan di rumah ibadat.

5.6 Menyediakan sebuah buku log perkhidmatan catatan mingguan tentang khidmat sukarela

SOURCE

UJIAN LENCANA WAJIB 本分专章

MAC [三月]

Setelah mendapat Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-Kanak itu wajib mendapat salah satu UJIAN LENCANA WAJIB (本分专章) daripada berikut:


• Lencana Ahli Renang 游泳
• Lencana Ahli Penunggang Basikal 骑脚车



BUTIRAN UJIAN LENCANA PENUNGGANG BASIKAL


1. Berinteraksi dengan Penilai (Pemimpin) mengenai undang-undang jalanraya dan peraturan berbasikal.

2. Mengetahui dan mengamalkan 10 peraturan semasa menunggang basikal.

3. Menunjukkan cara memberikan isyarat tangan semasa berbasikal.

4. Perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.

5. Menjaga basikal seperti:-
    a) membaiki kerosakan kecil
    b) membubuh gris pada komponen yang memerlukan.
    c) menjaga kebersihan basikal.
    d) menukar lampu yang tosak.
    e) menukar getah brek.
    f) mengetahui nama bahagian basikal.

6. Mengetahui 10 isyarat jalan raya seperti:-
    a) berhenti di simpang jalan.
    b) dilarang masuk
    c) lampu isyarat di hadapan.
    d) lampu merah,lampu kuning,lampu hijau (maksud warna)
    e) ikut arah ini.
    f) hospital
    g) telefon awam
    h) dan lain-lain.

7. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Pemimpin (penilai) serta menguji mengenai peraturan jalan raya, isyarat tangan dan lain-lain.

SOURCE

Tuesday, December 9, 2008

Cadangan Aktiviti / Kursus Latihan PKK - Lencana Keahlian 入伍徽章的训练及活动建议

JANUARI HINGGA FEBRUARI  [一月至二月]

Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat LENCANA KEAHLIAN,seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya:

1.1. Persetiaan Pengakap (童军誓词)
1.2. Undang-undang Pengakap(童军规条).
1.3. Tabik dan Hormat Pengakap(童军敬礼),
1.4. Isyarat Sulit dan Tanda Pengakap(童军信号与标志)
1.5. Cogankata/Moto Pengakap(童军铭言).
1.6. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap(童军活动的起源) 
1.7. Cerita Hutan (森林故事).
1.8. Laung Agung.(欢呼礼/幼童军吼声/Grand Howl)

Cadangan aktiviti sampingan:
a. Kawad Asas (基本操练)
    [2.3a- senangdiri, sedia, rehatkan diri, masuk baris, keluar barisan, bersurai]
b. Simpulan dan Ikatan 
    [2.3j- bukusila 平结之打法及其用途]
c. Gajet (营具)
d. Prinsip Rukunegara (国家原则)
e. Menyanyi Lagu Pengakap (童军歌曲)
f. Bendera (2.0 c-e 绘国旗、州旗、童军旗)
g. Pertolongan Cemas
    (2.2b-急救-割伤、烫伤、烧伤 - 清洗及包扎伤口)
h. Berkhemah secara Pengakap (露营)
i. Kembara/ Tracking
   [2.3i ikuti arah/isyarat sulit/tanda-tanda pengakap ke arah destinasi. / 依童军信号或标志寻找目的地]


LINK TO
MARCH [三月]
UJIAN LENCANA WAJIB 本分专章
     - BERBASIKAL 骑脚车 / BERENANG 游泳